Kelayakan Menjadi Anggota

Kakitangan Kerajaan, Kuasa Tempatan, Kakitangan Lembaga atau Badan-Badan Berkanun, Agensi-Agensi Kerajaan dan subsidiari-susidiarinya, serta Jabatan Kerajaan atau agensi kerajaan telah diswastakan bersetuju mematuhi Undang-Undang Kecil Koperasi tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

Warganegara Malaysia
Berkhidmat serta bermastautin tetap di Negeri Sabah
Berjawatan Tetap / Percubaan / Sementara (Bersyarat)
Berumur 18 tahun ke atas
Seorang yang bebas daripada kuatkuasa undang-undang yang terdaftar seperti bankrap atau jenayah dan tidak pernah dibuang keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh setahun