- January 2021 (1)
- November 2018 (1)
- January 2017 (1)
- March 2013 (3)
- March 2011 (1)
- September 2010 (4)
- July 2010 (1)
- June 2010 (1)
- March 2010 (3)
- December 2009 (1)
- November 2009 (1)
- September 2009 (1)
- August 2009 (1)
- June 2009 (1)
Bagaimana Untuk Menjadi Anggota
SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA
Sila baca syarat-syarat berikut dengan teliti sebelum mengisi borang PERMOHONAN UNTUK MENJADI ANGGOTA. 1. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang yang dibekalkan oleh koperasi dengan percuma. Sila isi 1 salinan. 2. seorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini MESTILAH:- i. Warganegara Malaysia (bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi ini); ii. Berumur tidak kurang lapan belas (18) tahun; iii.) Bekerja sebagai kakitangan (a)Kerajaan Negeri atau Persekutuan (b)Kuasa Tempatan, (c)Kakitangan Lembaga atau Badan Berkanun, (d)KOPEKS dan Subsidiari-subsidiarinya (e)Kakitangan yang bertugas di para (a) hingga ke (c)di atas yang telah diswastakan boleh meneruskan keanggotaannya dengan syarat badan yang diswastakan itu mengikhtiraf dan mematuhi Peraturan-Peraturan, Undang-undang Kecil dan Matlamat Koperasi. iv.) Bertaraf jawatan tetap atau percubaan atau sementara atau kontrak (tertakluk kepada status jawatan, tempoh telah berkhidmat dan status jabatan ). 3. Koperasi ini tidak boleh menerima masuk menjadi anggota seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat di dalam Akta Koperasi 1993, Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 dan Undang-Undang Kecil Koperasi. 4. Fi (bayaran) Masuk menjadi anggota ini ialah sebanyak RM50.00. Boleh dibayar dengan cara berikut:-
>> Dibayar ketika megemukakan borang permohonan atau;
>> Ditolak dari cek pinjaman apabila anggota membuat pinjaman/pembiayaan atau;
>> Ditolak daripada yuran terkumpul.
Jika permohonan tidak diluluskan oleh Lembaga Koperasi, Fi (bayaran) masuk yang telah dibayar akan dikembalikan semula kepada pemohon. 5. Lembaga Koperasi berhak melulus atau menolak sesuatu permohonan menjadi anggota tanpa memberi tahu sebab-sebabnya. 6. Permohonan yang telah diterima menjadi anggota dan telah menjelaskan Fi Masuk dan harga penuh saham sekurang-kurangnya satu unit saham berharga RM100.00 adalah mempunyai segala hak, kewajipan dan tanggungan sebagai seorang anggota Koperasi ini. 7. Setiap anggota MESTILAH mempunyai sekurang-kurangnya satu yunit saham dengan nilai RM 100.00. Pembayaran saham boleh dibuat sekali bayaran atau beransur-ansur dengan syarat tidak melebihi 10 bulan untuk satu pembelian saham. 8. Setiap anggota yang bukan muslim MESTILAH melantik seorang atau lebih penama (nominee) dengan mengisi borang yang disediakan bagi menerima bayaran haknya sendiri daripada Koperasi ini sekiranya dia meninggal dunia. 9. senaskah Undang-Undang Kecil akan diberikan percuma kepada pemohon yang diterima masuk menjadi anggota. Anggota-anggota adalah diminta untuk mematuhi segala syarat-syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Koperasi ini dan dikehendaki menandatangani satu ikrar. 10. Bila mengisi borang permohonan menjadi anggota, sila tulis dengan terang. Lihat contoh berikut:- (i) Nama : (ii) No.Kad Pengenalan: 11. Semua Permohonan mestilah di alamatkan kepada:- Setiausaha, Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad, (KOPEKS BERHAD) Peti Surat 11418, 88815-KOTA KINABALU
NOTA:-
Sebelum anda mengemukakan Borang Permohonan ini, sila pastikan perkara-perkara yang berikut adalah disertakan:- 1. Salinan Kad Pengenalan atau Kad Waran (anggota polis) yang disahkan benar; 2. 1 salinan Slip Gaji terbaru yang disahkan benar; 3. Bagi pemohon yang menggunakan khidmat potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa hendaklah melengkapkan SURAT PENGAKUAN BORANG BPA 1/79 yang boleh didapati di pejabat KOPEKS. ; 4. Pengakuan/Ikrar anggota yang telah ditandatangani; 5. Borang penama. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:- BAHAGIAN MASUK ANGGOTA TEL: 088-245558 FAKS: 088-241920