pengumuman

Webmail
Untuk kegunaan dalaman sahaja
Promosi

promosi kmm2

promosi kmm1

 

KOPEKS TURUN KADAR FAEDAH PINJAMAN KEPADA 5.99%

UTUSAN BORNEO

29/03/2010

Kopeks turun kadar faedah pinjaman kepada 5.99%

KOTA KINABALU 28 Mac – Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) mengambil langkah proaktif dengan menurunkan kadar faedah ke atas semua pinjamannya sebanyak satu peratus kepada 5.99 peratus berbanding 6.99 peratus sebelum ini.

Pengerusi Kopeks, Datuk Maznah Abdul Ghani berkata, penurunan kadar faedah itu bertujuan memberi peluang kepada ahli Kopeks menikmati kadar faedah baru pada nilai lebih selesa dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

”Diharap ini mampu menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada kakitangan awam Sabah dan menjadikan Kopeks pilihan utama mereka,” katanya di sini semalam.

Maznah yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, bagi merangsangkan lagi pertumbuhan kewangannya, Kopeks turut memperkenalkan beberapa pakej pinjaman baru kepada ahlinya.

Katanya, antara pakej itu ialah pinjaman utama Kopeks dinaikkan dari RM50,000 kepada RM100,000 dan pinjaman mikro dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM1,200 sebelum ini.

Selain itu jelasnya, pinjaman peribadi (kecemasan) turut dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.

”Tiada lagi penjamin diperlukan bagi setiap pinjaman melainkan rekod kredit anggota tidak memuaskan dan kakitangan awam juga boleh memohon pinjaman serta merta sejurus memohon keanggotaan tanpa menunggu tiga bulan keanggotaan seperti yang disyaratkan sebelum ini,” katanya.

Maznah berkata, penambahbaikan turut dilakukan ke atas tempoh bayaran balik pinjaman bagi nilai RM10,000 ke atas yang dipanjangkan kepada 11 tahun berbanding tujuh tahun sebelum ini.

Menurutnya, langkah itu membolehkan bayaran bulanan yang lebih rendah dan memberi peluang kepada ahli untuk memohon pinjaman lebih besar.

Katanya, yuran proses pinjaman juga telah dikurangkan kepada RM100 berbanding RM900 sebelum ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks, Buvil Angkui berkata, penurunan kadar faedah pinjaman yang berkuat kuasa 22 Mac lalu merupakan kadar terendah sejak Kopeks ditubuhkan pada 1963.

“Sebelum ini kadar faedah antara enam peratus dan 6.99 peratus. Dengan kadar baru ini Kopeks memperuntukkan RM30 juta untuk modal kerja pusingan,” katanya.

Beliau menambah, penurunan itu adalah sebahagian daripada langkah transformasi Kopeks untuk meningkatkan kebajikan ekonomi anggotanya.

Produk Terbaru
Pakej Pembiayaan Umrah

TH kopeks 1TH kopeks 2

Ulang Tahun Ke-50 KOPEKS

Baru !!!

"TABUNG KHAIRAT KEMATIAN"

Diperluaskan kepada anak-anak, isteri dan suami

INSENTIF PMR & SPM

"INSENTIF PMR & SPM untuk 2012"

SILA KLIK DISINI

(Tarikh Tutup – PMR 31/01/2013 dan SPM 31/05/2013)

Notis Pencalonan

"PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA KOPEKS"

untuk dapatkan borang sila Klik Pengumuman

Iklan

ar-rahnu

Bilangan Pengunjung
ialah