pengumuman

Webmail
Untuk kegunaan dalaman sahaja
Promosi

promosi kmm2

promosi kmm1

 

KOPEKS SASAR KELUAR PINJAMAN RM75 JUTA TAHUN INI

Utusan Borneo

7 Julai 2010

SERAH CEK..Datuk Maznah (tiga kanan) menyerahkan cek kepada salah seorang anggota Kopeks pada majlis itu bersama beberapa anggota yang lain. Turut kelihatan Buvil (dua kanan).

Kopeks sasar keluar pinjaman RM75 juta tahun ini

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) mensasarkan untuk mengeluarkan pinjaman sebanyak RM75 juta tahun ini kepada anggotanya berbanding RM48 juta tahun lepas.

Pengerusinya, Datuk Maznah Abdul Ghani, berkata sasaran berkenaan adalah berdasarkan kepada jumlah pinjaman yang dikeluarkan setakat Mei tahun ini berjumlah Rm24 juta dengan keuntungan  setakat April sebanyak Rm1.37 juta.

Menurutnya, tahun lepas Kopeks menerima keuntungan RM4.2 juta dengan peningkatan jumlah anggota daripada 9,000 tahun lepas menjadi 10,050 anggota pada tahun ini.

“Perubahan dan peningkatan yang berlaku adalah hasil langkah yang dilaksanakan oleh lembaga koperasi dalam meningkatkan kemudahan perkhidmatan kepada semua anggota Kopeks di negeri ini,” katanya pada Majlis Bersama Anggota Kopeks Siri 1/2010 di sini kelmarin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks, Buvil Angkui.

Maznah berkata dalam memenuhi persaingan semasa yang semakin mencabar dan sambutan yang menggalakkan, Kopeks kian giat melaksana beberapa pendekatan untuk memenuhi keperluan anggotanya.

Tambahnya, antara pendekatan itu termasuk pemberian pinjaman tanpa penjamin yang mana kaedah ini dilihat satu cara untuk mempermudahkan proses kelulusan dan pengeluaran pinjaman.

“Jumlah pinjaman Kopeks turut dinaikkan daripada RM1,000 kepada Rm3,000 (mikro), Rm3,000 kepada Rm10,000 untuk pinjaman peribadi dan Rm50,000 kepada RM100,000 bagi pinjaman penuh,” katanya.

Beliau berkata tempoh bayaran pinjaman juga dipanjangkan, manakala faedah yang dikenakan juga berpatutan.

Selain itu, katanya, yuran proses juga dikurangkan sebagai salah satu pendekatan kebajikan anggota demi keuntungan bersama dan jumlah yang dikenakan lebih telus serta meringankan peminjam.

“Setakat ini, Kopeks sedang membuat kajian agar anggota yang bersara dapat meneruskan keahlian mereka dan membuat pinjaman bergantung kepada had yang mereka layak,” katanya, sambil menambah perkara itu akan dibincang pada mesyuarat agung tahunan Kopeks.

Maznah turut menjelaskan bagi anggota baru Kopeks, mereka bakal menerima pinjaman segera memandangkan Kopeks mempunyai kekuatan pengiktirafan melalui Bendahari Negeri dan potongan gaji majikan.

Pada majlis itu juga, beliau memperkenalkan tentang Skim Ar-Rahnu yang dibuka pada 14 Jun lepas. Para pelanggan boleh menukarkan emas mereka kepada pinjaman wang sebanyak 65 peratus daripada harga nilai emas berkenaan dalam pasaran semasa.

“Kaedah pajak gadai Islam ini lebih telus berbanding kaedah konvensional di pasaran dan kelayakan terbuka kepada semua yang mana ia juga salah satu jaminan simpanan emas paling selamat,” katanya.


Produk Terbaru
Pakej Pembiayaan Umrah

TH kopeks 1TH kopeks 2

Ulang Tahun Ke-50 KOPEKS

Baru !!!

"TABUNG KHAIRAT KEMATIAN"

Diperluaskan kepada anak-anak, isteri dan suami

INSENTIF PMR & SPM

"INSENTIF PMR & SPM untuk 2012"

SILA KLIK DISINI

(Tarikh Tutup – PMR 31/01/2013 dan SPM 31/05/2013)

Notis Pencalonan

"PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA KOPEKS"

untuk dapatkan borang sila Klik Pengumuman

Iklan

ar-rahnu

Bilangan Pengunjung
ialah